Thursday, April 28, 2011

when husband coming home

kalau dulu ms berchenta2 asyiklah menghitung hari detik demi detik ( cewahhhh..lagu kris dayanti..)..skrg ni nasiblah ade arissa, xterasa masa berjln..tp excited ttp excited..dah jd suami oiiii..sbb tulah dah beberapa hari xupdate blog, padahal byk je nk celoteh..hehehe..utamakan tanggungjwb dlu..kan..kan..yelah, bile suami keje, 2minggu tulah saya duduk terperap kat rumah, layan arissa..memang xdelah nak keluar jln2 ke ape ke..unless ade hal mcm buat postage..hehehe..sbb tu bila suami balik je, ade je tempat nak pegi..pegi jusco ke tesco ke jadilah..xpayah nak g holiday mane2..xkesah janji dpt jln2..hehehe..

feedback..

alhamdulillah..prod2 catalyst esp vco semakin mendpt sambutan..myb sbb ramai yg dah menyedari kebaikan dan khasiatnye..ok, my mother in law da seminggu amalkan..die beritahu sejak die amalkan terasa bdn die ringan, rs segar bdn..fyi my MIL ade high blood pressure, high cholestrol and ade sket kencing manis..xpe, let me see in 1month time, then saye akn update perkembangan nye..and alhamdulillah few customer yg tnye directly and i've explained, alhamdulillah mereka yakin and terus beli..niat yg baik Allah akn permudahkan..

as for me, mmg saya akn stick ambil vco as my daily supplement..now en hubby pon da amalkan sbb muka die jerawat..and a bit oily..we'll see later..insyaAllah, moga ade perubahan..ade juga kwn2 and relatives yg tau psl khasiat vco ni..rata2 beritahu mmg bgs, byk khasiat minyak kelapa dara ni..yup, mmg betul..saya nak org ramai sedar akn khasiat dr alam semulajadi..sbb tu saya nak kongsi dgn kwn2 and all..fikir ape yg terbaik utk badan kita..skrg ni da mcm2 produk di pasaran..hati2 dlm membuat pembelian..your body your choice...

Sunday, April 24, 2011

Order lagi..dan lagi..yeahhh..

Alhamdulillah..sambutan terhadap VCO semakin hari semakin mendapat perhatian..terima kasih kwn2 and families yg menyokong..apa salah yg baik kita kongsi bersama..weekend ni xdelah nk publish sgt sbb weeknd ms utk berkenduri dan housekeeping..hehehe..tp alhamdulillah my cousin (cik syuhaida akak syu geremok (her fb's name) sanggup dtg rumah and beli trus 2botol..thanks dear..1 for her and 1 for her officemate..and also my sis-in-law (cik wanie hazwanie same name ngan saye ok..hehehe..) nak tlg saya promote di ofisnye..thanks guy for your support..

so kawan2 yg lain apa lg..jom amalkan gaya hidup sihat dgn mengamalkan minyak kelapa dara (VCO)..100% minyak kelapa dara asli..insyaAllah...

Syukur...

Sentiasalah bersyukur dgn ape yg Allah kurniakan..ye, bg saya Allah tahu ape yg terbaik utk hambaNya..alhamdulillah, Allah semakin syg pd kami sekeluarga..rezeki drNya semakin hari semakin terasa, walaupun sedikit..en suami ade memberi khabar gembira yg masih belum pastu dan samar2..tp bg saya he deserve it..moga Allah akan mempermudahkan urusan kerja syg di sana..i always told him that kerja is ibadah, so kerjalah dgn ikhlas sbb rezeki yg die cari akn diberi pd kami, so biarlah ianya berkat..mmg klau ikutkan nafsu, rs nk itu nk ini nk ni hah..manusia kan xpernah puas..but always talk ti myself that bersukurlah dgn apa yg ada..doesn't mean that kite kene dok relax xtingkatkan usaha kan..and alhamdulillah i will be seating foe MEDSI exam..baru je kot dpt g exam da nak heboh..hahaha..bkn ape, rs gembira even dpt g exam sbb last year xdapat nk apply dpli ni, yg kpli plak slalu je miss nk check..moga niat utk menjd pendidik dimakbulkan Allah dan moga ini satu permulaan yg baik utk saya..amin...

Arissa dah start makan!!

Alhamdulillah, thanks Allah..arissa is 6mths now and die dah start to take her solid food..her 1st breakfast saya bagi die kurma+kismis..alhamdulillah arissa suke mkn..even ms pregnant dlu, dapat merasa kandungkan arissa dlm bln ramadhan..puasa penuh tau..hehehe..ms bln puasa mmg kurma lah jd mknn kegemaran..sbb tu skrg klau bg pon arissa mkn dgn gumbira...da biase rs ye syg..then tghari bg die mkn bubur with carrot..amboiii bkn main berselera anak mummy kjn, sambil pokpek2 mulut berckp...cuteness..rs nk nangis ms mula2 suapkan arissa..it's a new experience for both of us..then surprisingly, arissa minum air mineral through botol ok..i gave her some sbb xnaklah die tercekik ke kan..BF still mcm biase, alhamdulillah..mummy xsabar nk masakkan mcm2 utk arissa..and also daddy..

owh ye..arissa skrg dah pndai sebut nama sendiri..but mcm pelat2 lah kan..da pandai semut mamamama...hehehe..cuteness..i always sang to her mcm2 lagu, zikir is her fav bile die nak tido..Ya Allah, kau pelihara lah cahaya mataku ini agar sentiasa dibawah lindunganMu ya Allah..amin..

Thursday, April 21, 2011

It's VCO again

Ok sebenarnye banyak sgt nak pokpekpokpek psl vco ni..i try my best to update hari2 ye readers..almaklumlah bile jd housewife ni lagi2 ade anak cute mute, masa terhad nk online slalu..ok i share this from one of catalyst stockist Huda (tq so much dear) pasal kebaikan vco..




VCO (Virgin Coconut Oil) atau dlm bahasa melayu MINYAK KELAPA DARA adalah minyak kelapa yang diproses tanpa penggunaan haba atau kimia dimana struktur asal dalamnya dapat dikekalkan seasli-aslinya. Berbanding dengan minyak kelapa biasa dimana haba & kimia digunakan sewaktu memproses yang mengakibatkan struktur asal dalamnya berubah, dapat membawa kemudaratan kepada manusia yang memakanya.

Antara khasiatnya:

. Menyokong fungsi sistem imunisasi & metabolik yang sihat.
. Mengurangkan berat badan.
. Menyediakan satu sumber tenaga yang segera.
. Mengandungi kalori yang sedikit berbanding lemak yang lain.
. Nutrien paling penting untuk kesihatan yang baik.
. Memudahkan penghadaman & penyerapan zat makanan.
. Membantu untuk mengawal kencing manis.
. Masalah esteoporosis
. Masalah penuaan pramatang & pengerutan kulit.
. Melembut & melincinkan kulit.
. Mencegah jangkitan bakteria, virus & kulat.
. Mengurangkan risiko penyakit Kanser, aterosklerosis & lain-lain.

kalau nak ikutkan, amalan pengambilan minyak kelapa dara sudah dipraktikkan dari dulu lagi..cuma zaman sekarang, ramai yg dah lupa akan khasiatnya ditambah dgn mainan minda yg selalu memikirkan minyak kelapa dara itu melekit, berbau dan rasa yg meloyakan..tetapi kini TIDAK lg dgn adanya Catalyst VCO Softgel..mudah, ringkas dan khasiat yg tetap sama..insyaAllah, marilah kita sama2 amalkan pemakanan yg sihat..

alhamdulillah..rezeki pertama..

Alhamdulillah..syukur kpd Allah..ini rezeki pertama..trm kasih pd kwn2 yg menyokong..ade juga yg bertanya, kalau saya jual ikut harga tersebut dan amek postage fee yg rounding adjustment, blh untung ke? bg saya, bukan keuntungan yg saya fikirkan apabila mengambil keputusan utk menjadi stokis, tetapi lbh kepada berkongsi khasiat dan kebaikan serta mengeratkan hubungan sillaturrahim..sekadar dpt sedikit duit poket, bg saya cukuplah..harta dunia semakin kita kejar, semakin xcukup..yg penting keberkatan walaupun sedikit yg kita perolehi..alhamdulillah..

1st batch postage:

Amelia Mahmud - EN 449232876MY
Amalina Hazizan - EN 449232863 MY
Nurul Ezaili Alias - EN 449232859 MY
Suriyati Osman - self-collected

Wednesday, April 20, 2011

harta dunia akhirat

sayu hati..sebelum lelap mata, marilah muhasabah diri..terlalu banyak kelemahan, terlalu hina diri ini menjadi makhluk di bumi Allah..syukur masih ada kesempatan utk merasai semua ni..kdg2 selalu terdetik dlm hati, kenapa aku selalu berharap utk mendapat kerja? kerana bebanan hutang, kos sara hidup itu ini..sedangkan tanggungjawab yg lain terlepas pandang..mungkin ini yg Allah nak tunjukkan..Adelia Arissa, mummy minta maaf jika mummy terlalu fikirkan bagaimana nak cari kerja, nak besarkan arissa dek kerana dunia zaman sekarang, semua nya perlukan wang..sedangkan arissa adalah harta dunia akhirat mummy yg perlu mummy jaga dan mummy didik..yaAllah, ampunkan aku..begitu juga dgn mak dan baba, masih lagi ade kesempatan utk aku menjaga dan menabur bakti, jika bkn dalam bentuk wang ringgit sekali pun..

Pesanan Buat Suami

Pesanan Buat Suami petikan dari..

Oleh Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah

1. Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.

2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.

3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda..

4. Jangan demand sex sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.

5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga.. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing n berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.

6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.

7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh.

8. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja.

9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.

10. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut?

11. Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.

12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.

13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masaalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami “degil” tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.

14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah guna cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal, dah berak flush. Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?

15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.

16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.

17.. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?

18. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak?

19. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya.

20. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.

21. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.

22. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali

23. Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja.

Allah s.w.t. berfirman, “Dan ketahuilah bahawasanya Allah mengetahui apa yang didalam hatimu, sebab itu berhati-hatilah dengan Tuhan”

nun di sana...




bile saya tgk laut, saye mesti sedih..sebabnye? saye teringt pd sang suami..yang nun jauh di sana, di tgh laut..mencari rezeki utk kami sekeluarga..300km dari darat utk sampai ke tempat kerja..bayangkan...setiap kali suami mahu pulang ke tempat kerja, hati merintih sayu dan hiba..sepjg hari berdoa moga Allah melindungi beliau dan rakan2 yg lain..kadang2, bile tgk org lain keluar bersama suami setiap hari, makan bersama, rs sayu hati..sbb saya dan arissa hanya jumpe dgn beliau 2minggu sekali..arissa masih kecil dan mungkin tidak mengerti..tp sedari dlm perut, saya selalu memberitahu arissa..setiap kali daddynya mahu pulang ke tempat kerja, until now..alhamdulillah buah hati kami ini seakan mengerti..moga kami tetap tabah menghadapi dugaan hidup..mgkin ade yg lebih lama ditinggalkan..sesungguhnya kami sentiasa bersyukur dgn apa yg kami miliki...



kerja dengan ikhlas ye syg..




cinta hati saya dunia akhirat..



Tuesday, April 19, 2011

iye saya tau...

saya tau, org lain da expert bab2 blog ni kan..saya dulu lebih suka membaca blog2 org lain..tp smpai bile? kene juga belajar kan..ni pon usaha gigih dlm ms 1 hari buat ni..my sista lynn redza dah berkurun suruh blaja buat..hahaha..tp xsampai seru lagi..now i'm in the process of learning, sgt2 banyak yg perlu dipelajari kan..

Pengambilan minyak kelapa dara (VCO)


as salam all..semlm dgn gigih update blog yg da bersawang2 ni sampai ke pagi..sbb masa ni je yg blh pulun..arissa tido..hehe..ok meh saya kongsi pengambilan VCO ni..sehari kita mkn 2 biji, pagi dan petang..terpulang pd kesesuaian masing2..as for me, saya ambil pagi sebelum breakfast and also 1 jam lepas dinner..biasenye saya dinner dlm pukul 7-8mlm..mesti diambil bersama air kosong ye..saya galakkan amalkan minum air kosong byk..klau ikutkan pon mmg disarankan 8gelas sehari kan..but saya disiplinkan diri utk minum at least 2L perday..botol besar mmg sentiasa ade je..hehehe..

bagi yg ade masaah parut2 jerawat ke, anda blh cuba amalkan sapu minyak kelapa dara ni..3hari sekali anda ambil sebiji kapsul, cucuk dgn jarum dan picit minyak, and then sapulah kat muka or mana2 tempat yg anda nak..insyaAllah, lama2 ia akan kering and hilang..alhamdulillah saya penah try, mmg berkesan..

btw, mungkin u all fikir yg saya ni sama mcm blogger lain yg buat online shopping or jual prod online..niat saya 1, nak sama2 kongsi perkara yg baik sbb da dah amalkan dan alhamdulillah terasa perubahan..lgpon saya xblh sesuka hati letak hrga..xsalah kan klau kita sm2 kongsi dan amalkan apa yg baik utk kesihatan kita?

Apa itu minyak kelapa dara (VCO)???

Apa tu minyak kelapa dara ek?? ms mengandung dulu adelah terbaca dalam buku..tapi tak amek kesah sgt sbb fikir nak kene minum mcm minum minyak masak tu..usihhhh..but happen to be bile cik mek molek eazy insyira beritahu tentang kebaikan die tergerak hati nak try..tu pon lepas bersalin baru terhegeh2 nak beli..lepas sebulan guna da terasa perubahan..yelah, org lepas bersalin ni faham2 jelah kan nak kene alter balik sane sini..kang xpasal2 suami cari lain..hahaha..yang bestnya, lepas sebulan guna, terasa kulit muka ni da tak berminyak mcm dulu..kalau x minyak muka ni bolehlah buat menumis ape2 yang patut..hehe..lepas tu, kulit muka rasa fresh, xkering sgt xberminyak..alhamdulillah susu badan pon ade peningkatan and takde effect pd my baby arissa..then trus suggest pd adik lelaki utk try..and die pon rs perubahan bila jerawat die da mula kering..

and byk lah kebaikan die..saya pon dah 3 bulan amek and alhamdulillah serasi dan nmpk perubahan..bukan ape, terlalu byk produk2 kesihatan di pasaran sekarang ni..kite kene kaji yang mana baik utk badan dan kesihatan kita..jangan sampai ade yg memberi kesan long-term..itu yang kita xnak..sebab saya dari dalam pantang memamg xde amek apa2 supplement, lagi lah tgh breastfeed arissa, cepat letih..alhamdulillah Allah temukan dgn produk ni..utk lebih info boleh klik pd CATALYST

VCO sesuai utk semua, lelaki dan perempuan..cubalah..and give me the feedback..sharing is caring..**wink..wink..**

p/s: borang tempahan ada di bawah..boleh terus membuat tempahan..remember, selepas anda mengisi borang dan bank in/ transfer pembayaran, sila maklumkan pada saya di facebook atau hubungi 012-6122810. Dua2 acc tu ialah acc suami saya..jgn risau ye..Let us live in a health lifestyle..

soon she's turning 6 months


buah hati saya

see, lame dah xupdate blog ni hah..dok bace blog org je lebih..hehehe..arissa in a few days time will turning 6months old..jap je arissa da 6bln dan selama 6bln tu jugak Allah bg kesempatan utk bf arissa..syukur alhamdulillah..now arissa da makin lasak, makin aktif..setiap pg sure die akan kejutkan mummy die ni suh bgn..xpayah dah gune alarm..pagi2 1 rumah da blh dgr suara die berceloteh..hehehe..how i love u each day sayang..ok lah some of her milestones during 5months old...

* arissa dah pandai bergolek2..roll over dear..tido pon 1 katil die conquer..mummy da kene tido sipi2 je..klau daddy balik nnt mcm mane plak ek??
* dah pandai sebt "air" bile die haus nak susu..cuteness..
* dah pandai tegur org..klau family lalu dpn die xpanggil die nanti die tegur..sort of like "nape xtegur arissa ni.." hehehe
* da start angkat2 punggung mcm nk merangkak..tp belum lg..keep it up syg..
* pandai tepuk kaki bile kite nyanyi lagu tepuk amai2 since die 4bln lg..biase kite akan tepuk tgn kan, tp arissa suke tepuk kaki..sambil tersenyum..hehehe..ikut pakngah die lah ni
* dah tau ape tu cat..hehehe...klau kite sebut cat meow2 sure die akn cari..
* tido skrg da xssh, bg susu sambil pegang jari2 mummy trus lelap..
* pandai pegang buku!!!!
* tau bile kite nk amek gambar die..dr main2 trus die berhenti..hehehe
* die tau bile kite ketawakan die, tegur die etc..

stakat ni je yg mummy mampu ingt syg..nnt mummy update lg..btw, plg sweet ms mlm last before daddy die balik keje, mlm tu die tenung daddy die sambil usap2 muka..mcm tau2 je daddy nk keje nk tinggalkan die for 2 weeks...arissa..arissa..