Thursday, April 28, 2011
when husband coming home
feedback..
as for me, mmg saya akn stick ambil vco as my daily supplement..now en hubby pon da amalkan sbb muka die jerawat..and a bit oily..we'll see later..insyaAllah, moga ade perubahan..ade juga kwn2 and relatives yg tau psl khasiat vco ni..rata2 beritahu mmg bgs, byk khasiat minyak kelapa dara ni..yup, mmg betul..saya nak org ramai sedar akn khasiat dr alam semulajadi..sbb tu saya nak kongsi dgn kwn2 and all..fikir ape yg terbaik utk badan kita..skrg ni da mcm2 produk di pasaran..hati2 dlm membuat pembelian..your body your choice...
Sunday, April 24, 2011
Order lagi..dan lagi..yeahhh..
so kawan2 yg lain apa lg..jom amalkan gaya hidup sihat dgn mengamalkan minyak kelapa dara (VCO)..100% minyak kelapa dara asli..insyaAllah...
Syukur...
Arissa dah start makan!!
owh ye..arissa skrg dah pndai sebut nama sendiri..but mcm pelat2 lah kan..da pandai semut mamamama...hehehe..cuteness..i always sang to her mcm2 lagu, zikir is her fav bile die nak tido..Ya Allah, kau pelihara lah cahaya mataku ini agar sentiasa dibawah lindunganMu ya Allah..amin..
Thursday, April 21, 2011
It's VCO again
alhamdulillah..rezeki pertama..
1st batch postage:
Amelia Mahmud - EN 449232876MY
Amalina Hazizan - EN 449232863 MY
Nurul Ezaili Alias - EN 449232859 MY
Suriyati Osman - self-collected
Wednesday, April 20, 2011
harta dunia akhirat
Pesanan Buat Suami
Oleh Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah
1. Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.
2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.
3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda..
4. Jangan demand sex sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga.. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing n berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.
6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.
7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh.
8. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja.
9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.
10. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut?
11. Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.
12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.
13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masaalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami “degil” tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.
14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah guna cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal, dah berak flush. Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?
15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.
16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.
17.. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?
18. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak?
19. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya.
20. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.
21. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.
22. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali
23. Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja.
Allah s.w.t. berfirman, “Dan ketahuilah bahawasanya Allah mengetahui apa yang didalam hatimu, sebab itu berhati-hatilah dengan Tuhan”
nun di sana...
bile saya tgk laut, saye mesti sedih..sebabnye? saye teringt pd sang suami..yang nun jauh di sana, di tgh laut..mencari rezeki utk kami sekeluarga..300km dari darat utk sampai ke tempat kerja..bayangkan...setiap kali suami mahu pulang ke tempat kerja, hati merintih sayu dan hiba..sepjg hari berdoa moga Allah melindungi beliau dan rakan2 yg lain..kadang2, bile tgk org lain keluar bersama suami setiap hari, makan bersama, rs sayu hati..sbb saya dan arissa hanya jumpe dgn beliau 2minggu sekali..arissa masih kecil dan mungkin tidak mengerti..tp sedari dlm perut, saya selalu memberitahu arissa..setiap kali daddynya mahu pulang ke tempat kerja, until now..alhamdulillah buah hati kami ini seakan mengerti..moga kami tetap tabah menghadapi dugaan hidup..mgkin ade yg lebih lama ditinggalkan..sesungguhnya kami sentiasa bersyukur dgn apa yg kami miliki...
Tuesday, April 19, 2011
iye saya tau...
Pengambilan minyak kelapa dara (VCO)

as salam all..semlm dgn gigih update blog yg da bersawang2 ni sampai ke pagi..sbb masa ni je yg blh pulun..arissa tido..hehe..ok meh saya kongsi pengambilan VCO ni..sehari kita mkn 2 biji, pagi dan petang..terpulang pd kesesuaian masing2..as for me, saya ambil pagi sebelum breakfast and also 1 jam lepas dinner..biasenye saya dinner dlm pukul 7-8mlm..mesti diambil bersama air kosong ye..saya galakkan amalkan minum air kosong byk..klau ikutkan pon mmg disarankan 8gelas sehari kan..but saya disiplinkan diri utk minum at least 2L perday..botol besar mmg sentiasa ade je..hehehe..
bagi yg ade masaah parut2 jerawat ke, anda blh cuba amalkan sapu minyak kelapa dara ni..3hari sekali anda ambil sebiji kapsul, cucuk dgn jarum dan picit minyak, and then sapulah kat muka or mana2 tempat yg anda nak..insyaAllah, lama2 ia akan kering and hilang..alhamdulillah saya penah try, mmg berkesan..
btw, mungkin u all fikir yg saya ni sama mcm blogger lain yg buat online shopping or jual prod online..niat saya 1, nak sama2 kongsi perkara yg baik sbb da dah amalkan dan alhamdulillah terasa perubahan..lgpon saya xblh sesuka hati letak hrga..xsalah kan klau kita sm2 kongsi dan amalkan apa yg baik utk kesihatan kita?
Apa itu minyak kelapa dara (VCO)???
and byk lah kebaikan die..saya pon dah 3 bulan amek and alhamdulillah serasi dan nmpk perubahan..bukan ape, terlalu byk produk2 kesihatan di pasaran sekarang ni..kite kene kaji yang mana baik utk badan dan kesihatan kita..jangan sampai ade yg memberi kesan long-term..itu yang kita xnak..sebab saya dari dalam pantang memamg xde amek apa2 supplement, lagi lah tgh breastfeed arissa, cepat letih..alhamdulillah Allah temukan dgn produk ni..utk lebih info boleh klik pd CATALYST
VCO sesuai utk semua, lelaki dan perempuan..cubalah..and give me the feedback..sharing is caring..**wink..wink..**
p/s: borang tempahan ada di bawah..boleh terus membuat tempahan..remember, selepas anda mengisi borang dan bank in/ transfer pembayaran, sila maklumkan pada saya di facebook atau hubungi 012-6122810. Dua2 acc tu ialah acc suami saya..jgn risau ye..Let us live in a health lifestyle..
soon she's turning 6 months
* arissa dah pandai bergolek2..roll over dear..tido pon 1 katil die conquer..mummy da kene tido sipi2 je..klau daddy balik nnt mcm mane plak ek??
* dah pandai sebt "air" bile die haus nak susu..cuteness..
* dah pandai tegur org..klau family lalu dpn die xpanggil die nanti die tegur..sort of like "nape xtegur arissa ni.." hehehe
* da start angkat2 punggung mcm nk merangkak..tp belum lg..keep it up syg..
* pandai tepuk kaki bile kite nyanyi lagu tepuk amai2 since die 4bln lg..biase kite akan tepuk tgn kan, tp arissa suke tepuk kaki..sambil tersenyum..hehehe..ikut pakngah die lah ni
* dah tau ape tu cat..hehehe...klau kite sebut cat meow2 sure die akn cari..
* tido skrg da xssh, bg susu sambil pegang jari2 mummy trus lelap..
* pandai pegang buku!!!!
* tau bile kite nk amek gambar die..dr main2 trus die berhenti..hehehe
* die tau bile kite ketawakan die, tegur die etc..
stakat ni je yg mummy mampu ingt syg..nnt mummy update lg..btw, plg sweet ms mlm last before daddy die balik keje, mlm tu die tenung daddy die sambil usap2 muka..mcm tau2 je daddy nk keje nk tinggalkan die for 2 weeks...arissa..arissa..